Anda mesti pernah mendengar dan melawat Kluang Kopi (Kluang Railcoffee) yang dikenali dengan kopi tradisi sejak 1938an lagi. selain Kopi yang aromatic sarapan pagi yang boleh di tempah adalah telur rebus, roti bakar, nasi lemak, milo bersaiz gergasi... adalah antara tarikan disini.
Tetapi apa yang menariknya tentang tempat ini bukan sahaja sarapan pagi yang dihidangkan, tetapi ke enakan bersarapan diruang menunggu landasan keretaapi .
suasana harmoni, berbagai bangsa bersatu meraikan hari yang indah. dari warga tempatan sehinggalah pelancong luar negara sama-sama menikmati juada sarapan pagi yang disediakan.
|
inilah malaysia-ku, tanah tumpah darah-ku, bersatu di pagi hari berkongsi citarasa harmoni.
ini bukanlah pertama kalinya saya, berhenti dan bersarapan di tempat ini setiap kali kerja outstation. Sebab utama saya berhenti ke Kluang disebabkan KOPI dia dan warga kluang yang mesra. kebanyakan warga kluang ,saling memghormati dan suasana yang meriah memberi selera semasa menikmati sarapan disini. ini lah salah satu tempat yang melambangkan kesejahteraan akyat di bawa satu bumbung di pagi hari.
kawasan bersejarah yang menghubungkan belbagai warga... di bawa satu kesatuan, kemesraaan dan harmoni tempat ini. menjadikannya nama yang kukuh sehingga kini. |
|
senyuman dan ketawa berbagai bangsa menikmati juada di pagi hari yang membawa murah rezeki . |
|
landasan dan kawasan menunggu sentiasa sunyi dari pelancong dan tempatan. tetapi ruangan bersarapan menjadi tarikan dan kawasan berkumpul dan berkongsi cerita dan selera. |
disebabkan kawasan yng menarik dan menjadi tarikan pelancong, saya lebih terpegun dengan kawasan ini dan lupa mengambil gambar makanan yg di hidangkan. pekerjanya sangat peramah dan sentiasa dengan senyuman.
|
salah satu dekorasi yang terdapat di landasan ini |
|
Dari namanya ke kawasanya, pekerja di kawasan ini menjaga kebersihan yg boleh di bangga kan , nama tempatnya setanding dengan kebersihan kawasan yg terpeliharan dgn sejarah . |
|
Address : 20 & 21, 1st Floor & Ground Floor, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaag Tasik, 86000 Kluang ,Johor. Operation Hours : 8am -10 pm Contact : +067 772 8391 |
|
Parking mengikut undang -undang. berdisiplin di mana sahaja adalah imeg |
#rosieKitchen #photography #Nature #skysea
Comments