Kluang Rail Coffee
Anda mesti pernah mendengar dan melawat Kluang Kopi (Kluang Railcoffee) yang dikenali dengan kopi tradisi sejak 1938an lagi. selain Kopi yang aromatic sarapan pagi yang boleh di tempah adalah telur rebus, roti bakar, nasi lemak, milo bersaiz gergasi... adalah antara tarikan disini. Tetapi apa yang menariknya tentang tempat ini bukan sahaja sarapan pagi yang dihidangkan, tetapi ke enakan bersarapan diruang menunggu landasan keretaapi . suasana harmoni, berbagai bangsa bersatu meraikan hari yang indah. dari warga tempatan sehinggalah pelancong luar negara sama-sama menikmati juada sarapan pagi yang disediakan. inilah malaysia-ku, tanah tumpah darah-ku, bersatu di pagi hari berkongsi citarasa harmoni. ini bukanlah pertama kalinya saya, berhenti dan bersarapan di tempat ini setiap kali kerja outstation. Sebab utama saya berhenti ke Kluang disebabkan KOPI dia dan warga kluang yang mesra. kebanyakan warga kluang ,saling memghormati dan suasana yang meriah memberi selera semasa...